::Pesanan Penaja::

InI BloG kAMi, sO SesApe taK sUKe Apa yAnG KamI TuLiS, SiLa tEKan ButTOn [X] kaT kAnaN aTaS tU yE!! tErImA kASiH ;D

::quotes of the day::

ME, HIM & OURS

::dari admin::

Blog ini telah diadminkan oleh dua orang yang berlainan jantina, mempunyai hubungan yang luar biasa, berada berjauhan antara satu sama lain..Jadi berhati-hatilah..ngee~..

Wednesday, August 3, 2011

My first...

This is my first time writing in the blog. Well, for the first time, i'm almost lost on my way to find where i want to post. Fortunately my sayang show me the way. She's really know more than me....
Yela, rarely to see a man post their feeling in blog...

Today, I want to post something. Something sweet moment in our life. Who know bout us, they'll understand la...
Ari ni first time aq tulis blog... Yela, sblum ni kalo nk luah perasaan, mne pkai tulis2 cmni. Slalu lepak ke, maen game ke, wt bnda yg kureng berpakedah ke.... Ble dh start menulis ni, mcm2 bnda nk ltak. Smpai satu tahap, tgn pun dh naek kebas.....


These pictures are taken during our date in Kluang. Unfortunately, I can't take her from her home because of transportation problem

This is my sayang. I love her very mush. Even though we are far apart, but we still contact each other. Every day, every night, 24/7... If I were in JB, maybe i can come to Kluang to visit her everyday (since petrol price rising, it's so hard to go)... Although something happen between us, but as a human being we can do effort to stand on our principle. I hope our relationship will last forever and never let the past happen again. I need her in my life.... So I hope we both can get together, share our vision and future.... I hope the peak of our life will and like this....





Sunday, April 24, 2011

::double two::

Assalamualaikum semua..
saja lak nak update harini..
disebabkan sorang budak ni lah aku nak update harini..

harini..tanggal 24 april 2011 ni..
budak ni dah bertambah umurnya menjadi 'double two'..
dia kawan suka duka aku masa aku tingkatan 4 lagi..
dialah jugak orang yang buatkan aku merasa bagaimana mempunyai seorang kawan baik..
sadis x, aq xpenah ada kawan baik sampai aku tingkatan 4??hahaha..
dulu aku comot..xada orang nak kawan..
big big n really really thanks to her coz sudi jd kawan baik aku..
love u more lah babe!!

haaa..ni lah orangnya..

ucapan untuk kipas susah mati Ozil ni:
babe..happy 22nd birthday..
i love u!!
hope friendship kite will be forever n ever..
thanks coz be my bestfriend for this 6 years..
walaupon kita jaoh..xboleh selalu jumpa..
tapi kita xputus contact kn..
thanks jugak sebab sanggup datang penang sebab nak jumpa aku walaupon sbnrnye..tettttttt..haha
hope Allah makbulkan apa yang kau harapkan n doakan..
good luck for ur exam too~

thanks to pak cik effbi kerana telah menconnectkn kiteorg..
sorang kat utara..sorang kat timur..
sorang kat USM final semester..sorang kat UMP 3rd final semester..
ngee..motif sgt nk tulis mcm 2..
saje nk jeleskn dia..haha




semua ni kenangan dengan dia ni..
masa sekolah ada je..
xmasukkn je..
:D

Monday, March 14, 2011

::dedidated to all boys and men::

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


*sangat mendalam..
**suke sangat!!
***credit to writer [link]
****copy paste dari FB je ni..weeee~~

Wednesday, March 9, 2011

::kata-kata::

"Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.” "

paste from here

*sangat menarik dan tertarik..
**setiap ungkapan tersebut ada maksud tersendiri dan fahaman sendiri..
***semua ada kebenarannya..

Sunday, February 27, 2011

::weekend::

hye peeps..
saje nak share ngan u olls i punya weekend ni..
mostly habis atas kerusi depan laptop ni la..
but it wasnt doing my assignment or other works ya..
hahaha..
by this 2 days..
i dah habiskan kind of four movies..
banyak x??hahaha..
kalau wayang dah lingkop duet i dibuatnya..hahaha
naseb kat laptop je..
mintak kawan2..dpat la tgk free..hee
today ive watched 3 movies start on this morning..
around 11 an a half i think..
i watched JUST MY LUCK..
best la..kategori romantik jugak..
best la sng kate..xnyesal n boring la tgk..hehe
korg tgk bru korg taw ctenye cne..haha
then around 1..i watched another movies titled BEAUTY AND THE BRIEFCASE..
best jugak..interesting..same cam td romantik gak..hihi..tiptop jugak..
then around 4 td tgk THE BACK-UP PLAN lak..
best jugak...romantik jugak...best la!!hahaha
ketiga2 movies ni wat kan i rase nk tgk cite lg n lg n lg..hahaha
yesterday pagi lak i abeskn cite yg dekat seminggu i tgk..
ade kelas kn...so susah siket la nk abes..
lgpon dy ade 11 episod..so xkn le abes in 1day kn..hihi
i tgk 1 LITRE OF TEARS..cite jepon..
best gilak...tp sedeyh la last2 2..
sampai nanges2 tgk..
then on the night i watched RAPUNZEL(TANGLED)..hehe
but then i already done with those movies..
time 2 focus on work..
need to retype the proposal for PLANNING DAY..
and need tp prepare for a DEBATE tomorrow..
MALAS la..hahahaha
okeyh then...daa~~

*p/s:esok birthday my daughter..Farisah Insyirah yang ke-2..mak su xtaw nk bg awk ape la syira..t mak su dah ade idea n balik kmpg..mak su bg k..dont worry..i always love u...miss u damn much darling..

Wednesday, February 23, 2011

::aku hanya wanita biasa::

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 

copy anda paste dari facebook [link]

*pada aku ini lebih kepada doa seorang wanita yang mengharapkan pasangan yang sangat memahami dan ideal baginya..
**aku pon berharap setiap wanita di dunia ini dan aku sendiri seperti itu.
***luahan yang aku rasakan semua wanita diluar sana inginkan.


p/s~baru lepas terasa hati dengan seseorang dan aku tak tahu nak buat apa..tension dan sakit hati..kalau aku sangat jahat aku dah cakap kat orang tu macam ini..'aku tau la aku tak macam kau ade orang nak,ade orang sayang, tak macam aku, terhegeh-hegeh kat orang last2 tak dapat..so tak payah la nak cakap aku macam tu..bajet a lu!!'
[mood][geram sangat!!]

Friday, February 11, 2011

::terima kaseh::

saje pulak arini terexcited nak update blog setelah bertahun xupdate..
bertahun tu..haha..betol la kn..dari tahun lepas lagi..haha
harini saje la nak share ngn korang something yang baru dalam hidup aku..
teka la apa..hihi..jeng..jeng..jeng..

5/2/11 haritu aku n akk ipar aku telah menjalankan satu operasi pengushaan benda ni..
tup..tup..bukan usha je..beli terus..haha
alang..alang mak dah bagi duet soh beli..beli je la kan..
pegi mahkota parade pagi tu..balik kampung sebab sepupu tunang..
pusing-pusing cari-cari jumpa-jumpa yang ini..
under budjet..
budjet ciput je..tu pon orang bagi..bersyukur la kan..haha
mule-mule jumpe yang sangat berkenan dihati...favorite colour tu..
dah berkenan lak walaupon cari yang laen sebenarnye..
tetibe..harganya lari badjet lak..
pusing la tempat laen..dalam tu jugak la..
jalan punya jalan..jumpa kedai yang menawarkan harga yang lebih murah dan yang tak berapa nak best..favorite colour tak de stok lak..tapi tak pe la sebab murah banyak banding ngan yang tadi tu..

ni la bendanya..hehe
ni lah yang aku beli tu...Nokia-C3..hehe
ingat nak beli yang ini...kaler lawa..tapi overbudget lak..


antara pilihan la..kalau x ambik yang ini..abang xbagi lak..

sebenarnya cari yang ini..konon2nye la nak yang kamera best kn..haha

yang ini akk ipar i yang dapat..bes..touch screen..tp yang xbestnye screen dy kecik je..
alahai..nokia je pon...camera pon 2.0mP je..tp xpe..bes..hihi..
thanx to mak, kak long n abg..coz bagi duet tok beli fon baru ni...
fon lame rosak dah..
xle tekan keypad dah..cne nak gune kan..
tu yang cuti mase tu ngecek2 kat mak..
dapat la ni...alhamdulillah...........amin...

~dah abes explore kot fon baru ni..haha~

Friday, January 28, 2011

owwwwww!!

woww dah bertambah followers..hihi...thanx eira..hehe..
lom de mood a nk update..
bile nth de moodnye ni..huhu
sorry la ye..
daaa..
As salam...