::Pesanan Penaja::

InI BloG kAMi, sO SesApe taK sUKe Apa yAnG KamI TuLiS, SiLa tEKan ButTOn [X] kaT kAnaN aTaS tU yE!! tErImA kASiH ;D

::quotes of the day::

ME, HIM & OURS

::dari admin::

Blog ini telah diadminkan oleh dua orang yang berlainan jantina, mempunyai hubungan yang luar biasa, berada berjauhan antara satu sama lain..Jadi berhati-hatilah..ngee~..

Thursday, August 19, 2010

::from me::


26 Februari 2006
Tarikh paling bahagia buat aku dan dia..
Bermula perjalanan percintaan seorang dia dan seorang aku..
Zaman persekolahan yang penuh dengan kenangan membawa aku ke alam aku sendiri..
Perasaan yang tidak dapat dibendung apabila hadir seseorang yang tidak dijangka..
berkongsi kasih sayang..
Mengharungi suka duka bersama walupon sesekala bertelingkah..
Bukankah itu lumrah?

17 Mac 2008
Setelah bertahun bersama..
Suka duka, jauh dekat, tangis tawa diharungi bersama..
Dia mengatakan bahawa tidak boleh menunaikan janji2 yang telah dimeterai dulu..
Dengan alasan yang sangat menyakitkan..
Perginya dia membuatkn aku terkaku..
Kelu seribu bahasa..
Air jernih menyembah bumi tidak berhenti..
Cuba menerima kenyataan ketiadaan dia dalam hidup ini lagi..
Meneruskan hidup seperti tiada apa2 yang berlaku..
Menyamar seperti seorang yang sangat kuat dan boleh menerima kenyataan dalam sekelip mata..
Kenyataan yang sangat sakit untuk diterima..
Terpaksa menerima walaupon terseksa..
Mulut berkata ya hati menidakkan..
Hati seperti dihiris2, ditikam2, dipijak2..
Sakitnya tuhan saja yang tahu..

Julai 2008
Mengetahui sesuatu kebenaran..
Bahawa dia sudah ada pengganti ku..
Luka yang hampir sembuh berdarah kembali..
Melihat dia bahagia bersama pengganti ku..
Aku redha dan mendoakan kebahagiaan mereka..
Walaupon dicaci dimaki..
Aku terima..

September 2009
dia muncul kembali dalam hari2 ku..
Seperti memberi harapan baru..
Tetapi ia hanya anganan ku..
dia mengimbau kenangan2 kami dulu..
dia membuat aku berada di alam yang tidak nyata..
dan aku sendiri tahu bahawa alam itu tidak akan menjadi reality..
berkongsi sesuatu yang orang lain tidak tahu..
kemudian dia pergi tanpa kata..
lagi dan lagi..

Ogos 2010
luka yang parah itu semakin parah..
mengetahui dia telah dimiliki..
tarikh 7 ogos..
dia dan dia bersatu.
membuat aku merasa seperti hidupku diragut..
tapi ia tetap seperti itu dan tidak akan berubah seperti yang kupinta..
aku hanya mampu berdoa dan mendoakan..
tidak terdaya untuk melakukan apa2..
walaupon aku tahu aku boleh berbuat sesuatu..
kewarasan menghalang aku untuk berbuat demikian..

berakhirlah satu pengharapan..
walaupon aku tahu aku masih sayang dia..
cinta pertama yang tidak akan dilupakan..
dan walaupon hati masih mengharap..
aku tahu ia tidak akan menjadi realiti..
akan ku cuba untuk terima semua dugaan ini..

terima kasih Allah kerana memberi hambamu ini dugaan dan ujian yang hambamu ini mampu hadapi..
terima kasih kerana memberi hambamu ini kemampuan, kekuatan dan kewarasan untuk mengharunginya..

dia,kenapa dia sanggup melakukan semua itu?
Dia sangat senang untuk hadir dalam fikiran ku..
Dimana saja, bila2 saja,..
Seperti semua bnda didalam dunia ini berkaitan dengan dia..

Berhenti berharap!!!
Itu adalah langkah yang paling tepat untuk diambil pada ketika ini dan seterusnya..
Aku sangat berharap aku boleh menjadikan langkah ini satu kenyataan!

Walauapapun,
Aku tetap mendoakan yang terbaik untuk dia dan aku..
Walau dengan siapapun dia atau aku..
Aku tetap akan terima ketentuan Allah..

Berakhirlah kisah cinta pertama ku..
Akan ku mencuba sedaya-upaya meninggalkannya jauh pergi bersama masa..
Biarlah ia menjadi satu kenangan abadi bagi ku..
Tanpa siapa mengerti..


~ biarkan ia pergi walau xrela~

4 comments:

  1. ok, fine! ayat mmg xle blah. smp akupun turut nangis.. :'(

    ReplyDelete
  2. eh..jgn nanges..
    aq meluahkan pe yg aq rase n aq simpan selama bbrape thun ni je...heee

    ReplyDelete
  3. fuhyoo, beberapa tahun. hihi. akhirnye terkeluar jugakkan. :P
    eh, private? tak private? private? hihi

    ReplyDelete
  4. aah la...xle simpan2...kang lagi simpan lame2...lg sket lak aq ni...
    saket jiwa silap2..
    hahaha

    aah la kn...mmle mmg xnk private..pas 2 pk2...ade la bnd2 yg wat aq nk privatekn...aq private kn je...

    ReplyDelete