::Pesanan Penaja::

InI BloG kAMi, sO SesApe taK sUKe Apa yAnG KamI TuLiS, SiLa tEKan ButTOn [X] kaT kAnaN aTaS tU yE!! tErImA kASiH ;D

::quotes of the day::

ME, HIM & OURS

::dari admin::

Blog ini telah diadminkan oleh dua orang yang berlainan jantina, mempunyai hubungan yang luar biasa, berada berjauhan antara satu sama lain..Jadi berhati-hatilah..ngee~..

Friday, April 6, 2012

.:Sebelum Berkahwin:.

Memang tidak dapat dinafikan wang mempunyai pengaruh yang agak besar dalam keharmonian sesebuah perkahwinan. Jika persoalan atau isu tentang wang tidak dibicarakan pada wal perkahwinan, besar kemungkinan  ia akan menjadi penghalang bagi kedua suami isteri untuk melayari bahtera kehidupan yang tenang. Oleh itu, semasa berkenalan lagi eloklah pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga bawa berbincang perkara-perkara seperti:

Apakah situasi aset dan hutang masing-masing?
Mungkin ramai di antara para pelajar akan ada hutang dahulu sebelum aset iaitu hutang PTPTN atau MARA. Ini baik untuk di kongsi dengan bakal suami/isteri anda supaya apabila tiba masa bayaran ansuran nanti, ia tidak menjadi isu hangat. Ansuran hutang pembelajaran ini akan menjadi salah satu dari perbelanjaan tetap keluarga.

Bagaimana corak perbelanjaan serta tabiat tabungan?
Ini boleh diperhatikan pada tindak-tanduk bakal suami/isteri apabila keluar bersama. Kedai atau restoran mana jadi pilihan dan barangan apa yang mereka minati? Adakah mereka suka kepada barangan berjenama? Besar kemungkinan juga, apa yang mereka minati semasa sebelum kahwin jauh berbeza dengan selepas kahwin. Ini kerana ia mungkin hanya untuk mendapat perhatian bakal suami/isteri.

Apakah matlamat kewangan apabila bergelar suami isteri nanti?
Yang terdekat adalah perbelanjaan perkahwinan, ini mungkin ada campur tangan dari pihak mentua dan keluarga sendiri. Dalam perbincangan tentang persediaan kenduri, boleh dapat bayangan adalah pasangan anda kelak jenis yang boros atau sederhana - Pilihan lauk, pakaian pengantin, pelamin, hantaran yang mahal-mahal atau sebaliknya?

Matlamat kewangan yang paling minimum bagi pasangan berkahwin adalah membeli kereta, memiliki rumah, menyediakan perlindungan, menunaikan fardu haji bersama, menyediakan tabung pendidikan anak-anak dan menyediakan tabungan pensaraan. Rancang bersama jenis kereta/rumah, bila dan bagaimana akan dibeli, berapa peruntukan, cara memilih dan faktor-faktor lain yang harus diambil kira.

Persetujuan tentang akaun bank, harus bersama atau berasingan?
Ini berdasarkan kemudahan dan keselesaan masing-masing serta tahap kepercayaan antara satu sama lain, Ada pasangan suami isteri masih tetap dengan akaun berasingan tetapi nombor pin kad ATM diketahui jika terjadi kecemasan (bukan hanya kematian, tetapi pasangan andamengalami strok.koma).

Penamaan untuk tabungan di KWSP.
Isu ini juga harus dibincangkan kerana ramai diantara lelaki bujang akan meletakkan nama ibunya sebagai penama apabila mula bekerja. Malangnya apabila sudah bergelar suami pun, si anak ini masih tidak menukar penama. Jadi, apabila terjadi kematian kelak, ibu mentua tidak mahu memberikan wang KWSP arwah anaknya kepada menantu (ini kisah benar yang pernah terjadi). Wang KWSP ini perlu dibahagikan mengikut kaedah faraed.

Kalau boleh, dapatkan persetujuan apabila berkahwin kelak, apakah perbelanjaan yang akan dijelaskan oleh bakal suami dan manakah akan dijelaskan oleh isteri? Wang pemberian kepada ibu bapa masing-masing juga perlu diberitahu kepada bakal pasangan anda. Pastikan semua pengendalian akaun/perbelanjaan anada ada difailkan supaya dapat melihat corak perbelanjaan keluarga.

Apabila melayari bahtera perkahwinan, komunikasi tentang wang sering menjadi punca konflik lebih-lebih lagi jika sudah dilanda oleh masalah hutang. Jika pada awal perkahwinan lagi, setiap pasangan berlapang dada untuk berkongsi informasi tentang kewangan masing-masing, insyaAllah ketidaksefahamn tidak akan wujud. Janganlah terlalu mengira denga pasangan jika anda memilih untuk punyai akaun bank berasingan. Bagi wanita, jika kita punyai lebihan wang dan memberi kepada suami, itu dianggap sebagai sedekah, jadi jangan diungkit-ungkit pula..mesti ikhlas.

Firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu terharap-harap )ingin mendapati limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran) (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dai apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan setia sesuatu." (An-Nisa' : 32) 

*source: Majalah Mingguan Wanita

2 comments:

  1. Ehem! Dah ada prepare ppe ke? HEHE

    ReplyDelete
  2. xpenah prepare ppe pon la..saje jumpa ni kat magazine..nak share..hehe

    ReplyDelete